Friday, 17 December 2010

rindu

bolehkah air mata mengubahnya,
jika kata-kata pun jatuh tersungkur.

sejauh mana kau sanggup,
selagi hati masih mencintai.

walau seribu badai,
aku tetap rindu.

Tuesday, 3 August 2010

jika bahagia membuatku lupa padaMu,
berilah aku derita..

Wednesday, 28 July 2010

lagu kita

kau nyanyikan kembali lagu rindu
lagu kita..
namun aku ragu,
lagu gembirakah,
atau lagu duka?

Wednesday, 23 June 2010

ketentuan

Kau ciptakan kami dari rusuk kiri mereka,
Kau ciptakan kami buat peneman duka mereka,
Kau ciptakan kami sebagai suri hati mereka,
Kau ciptakan kami menjadi pelangkap hidup mereka,

Sesungguhnya kami hambaMu yang lemah,
Berikanlah kami petunjukMu,
Semoga jalan yang kami pilih,
adalah yang terbaik buat kami..

Kau maha mengetahui,
Kau maha bijaksana.


...Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.. [Al-Baqarah, 2:32]



Tuesday, 15 June 2010

dalam hati ada taman

taman hati berbunga kembali,
setelah si rama-rama dtg menghinggap.

tapi,
lamakah kau disini wahai rama-rama,
sudikah kau tinggal lama,
atau ini hanya sekadar persinggahan.


cinta

kadang-kadang kita boleh jadi bodoh,
kerana terlalu ikut perasaan.

kadang-kadang kita boleh jadi gila,
kerana terlalu ikutkan hati.

kadang-kadang kita seakan orang bodoh dan gila,
semuanya kerana cinta.

kupu-kupu II

hai kupu-kupu,
apa khabar engkau di sana.


Monday, 8 March 2010

hakikat

hei kancil,
kau ingat kau bijak?
setalah buaya yang bodoh kau perdaya?

hei kura-kura,
kau hanya bernasib baik
hakikatnya kau tak kan menang

hei anjing,
kau tamak,
memang patut kau inginkan tulang dalam bayang-bayang,
tapi kau bodoh
kau yang rugi

hei ayam
sedarkah kau
takdirmu hanya ditanah
bukan terbang tinggi di awan sana
andai jarum emas tak hilang
kau memang tak kan dapat terbang bersama burung-burung.

takdir kita dah ditentukan
menang kalah,
ianya dah tertulis..

terimalah hakikat.


Sunday, 7 March 2010

bahagia.
semua orang ingin bahagia
namun tak semua dapat merasa

ya,
aku mungkin bahagia
kau mungkin bahagia
tapi mampukah kita kekalkannya?

Thursday, 4 March 2010

kupu-kupu

terbanglah kau wahai kupu-kupu
kau terpaksa aku lepaskan.

terima kasih,
kerana sudi hinggap di hati ini
kerana telah mengisi ruang rindu ini
kerana sama-sama coretkan lebaran indah di benak memori ini

maaf,
kiranya pinta ku buat kau terluka
kiranya hinggap mu tak bahagia
kiranya kau aku hampakan

lebarkan sayapmu
terbang tinggi-tinggi
semoga dapat kau cari bahagia
yang dapat merawat luka mu.

maafkan aku...

bulan bintang

hai bulan,
dengarkah kau bicara jiwa ini,
fahamkah kau bisik hati ini.

hai bintang
bagaimana engkau di sana,
bahagiakah di sana,
sunyikah di sana.

hai angin
terbangkan aku ke sana
biarkan diri ini dikalangan bintang
ditemani si bulan.

twinkle stars

Star light, star bright,
First star I see tonight,
I wish I may, I wish I might,
Have the wish I wish tonight

Star light, star bright,
As I wish upon a star tonight,
I wish you'll kiss me good night,
And stay with me till the sun shines bright.

Sunday, 8 November 2009

yang mana harus ku turut,
kirikah,
kanankah,
nanti yang dikejar tak dapat,
yang dikendong berciciran..

Thursday, 30 October 2008

life is a one way street

i just wish to be back in the old days
where i could play and sing all day long
i would skip and dance around the places
where there're always sunshines and rainbows..

i just wish to be back in time
surround by the people i love
to share laughter and joy
to have crying shoulders
sometimes its just enough to see them smile..

i just wish some things would never change
and stayed the way they were..

i just wish you're still the same,
i know deep down inside,you still are...

come back,and live the past with me.

kisah hati

aku sering berbicara tentang hati
tentang hati dan perasaan
sangat unik

hati tidak punya akal untuk berfikir
untuk tentukan mana logik dan yang mana tidak
hati hanya punya perasaan
yang seringkali goyah bila ribut taufan melanda
taufan cinta

namun
hanya hati yang punya iman seteguh karang mampu bertahan
yang bisa menepis segala macam taufan cinta
kerna telah dipasakkan arah tuju cintanya kepada yang satu
kepada yang maha Esa...

Tuesday, 24 June 2008

hati ingin menggapai bintang
agar dapat ku terangi sudut gelap ini..
Aku perlukan kau.Fahamkah kau apa yang aku alami sekarang.Mungkin tidak.Kerana kau ego.Kau takkan mengaku perasaan kau.Sedarkah kau ego itu memakan diri?

Ah, lelaki.

Saturday, 21 June 2008

satu perjuangan

rindu hati ini bergetar lagi
membuat hati jadi sayu
ah, barangkali dek kerana angin musim sejuk
cuaca begini acap kali membangkitkan perasaan rindu di hati ini
rinduku pada tanahair
rinduku pada emak dan ayah
rinduku pada adik-adik
rinduku pada teman-teman
rinduku pada si dia...
angin hemisfera selatan menyapa lagi
menjamah setiap inci tubuhku yang sedari tadi menggigil kesejukan
perjuangan ku masih belum selesai
kembara ku ke negara asing membawa sedulang harapan
hadir ku di sini menjunjung segenggam amanah
setiap langkahku memikul seribu tanggungjawab
mampukah aku teruskan perjuangan ini
semakin hampir aku ke penamat, semakin berat aku rasa beban yang dipikul
aku harus kuat
perjuangan masih belum selesai...


Auckland
winter ,08

Monday, 9 June 2008

agar hatiku sesuci hatinya
agar akhlakku seindah akhlaknya
agar imanku seteguh imannya...

Saturday, 7 June 2008

angin sepi berlagu kembali,
seirama dengan gemersik rindu ini,
namun,hadirnya sedetik cuma,
kunjunglah kembali wahai angin,
hiburkan hati yang lara ini.

Wednesday, 4 June 2008

Liku-liku hidup.
ia membuat kita tersadung lalu terjatuh.
sesekali kita bangun kembali.
namun adakala kita hampir hilang harapan untuk bangun kembali.
masihkah ada tangan yang sudi menghulur untukku berpaut
masihkah ada telinga yang sudi mendengar lagu kisah dukaku
masihkah ada harapan untukku bangkit kembali...

Monday, 2 June 2008

masa itu emas

Masa semakin pantas berlalu tanpa menoleh walau sesaat.Aku masih lagi terkulat-kulat menapak sambil menyusuri arus masa.Beban yang secupak ku rasa bagai segantang.Mampukah aku mengejar masa?Bisakah masa menunggu aku?

Aku hanya mampu mengeluh.Itulah.Kerja bertangguh tidak menjadi.Jangan sekadar melepas batuk ditangga.Kata emak terngiang-ngiang di gegendang telinga.Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tak berguna.

"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
Al-'Asr[103 : 1-3]

Sunday, 1 June 2008

mencari diri.
sejauh manakah aku perlu kembara
selama manakah aku perlu menanti
sebanyak manakah aku perlu tempuhi.
mungkinkah aku terlalu ingin menggapai bintang di langit
lalu kunang-kunang di tangan aku lepaskan.
tak perlu kau kembara jauh
tak perlu kau menanti lama
tak perlu kau tempuhi banyak
tanpa sedar diri sebenar datang dari hati...

Sunday, 25 May 2008

sekali air bah, sekali pasir berubah.
samalah juga hati manusia.senantiasa berubah mengikut persekitaran.go with flow katanya.mengikut rentak arus hidup.tapi jangan sampai hanyut ke lautan tidak bertepi.hidup mesti ada pegangan.jangan sekali-kali lepaskannya.kerna ialah yang bisa membawa kita kembali ke tepian...


Tuesday, 16 October 2007

ketenangan yang kian pudar

angin berlalu sepi,
menyapa aku sendirian,
kurindu ketenangan ini,
yang bisa membuat hatiku bernyanyi riang.
ingin ku lupakan segala gundah
ingin ku padamkan segala gelisah
yang sibuk bersarang di sudut hati ini.
wahai hati,
tenanglah,
usah dilupakan kebesaranNya,
kerna Dialah yang bisa membawa ketenangan itu kembali.

Wednesday, 26 September 2007

di sebalik bayang-bayang

bayang hitam itu datang lagi
datangnya tanpa diminta
menghantui fikiranku
menari-nari di lubuk hati ini.

pergi kau!
jangan kembali lagi
datangmu membawa durjana
singgahmu membawa derita.

ingin ku padamkan kau dari hidup ini
agar dapat ku cari semula cahaya hidupku
yang telah lama kau pudarkan
biar ku bina hidup baru
dari sisa-sisa kesamaran ini...

Friday, 14 September 2007

Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan kau datang lagi,
membawa seribu makna,
menjunjung seribu harapan..
setahun ku nanti kehadiranmu,
setahun itulah rinduku padamu semakin membara,
setahun itulah yang ku rasakan bagai seribu tahun sebelum kita bertemu semula..
ku tahu singgahmu tak lama,
cukup sepurnama kau pergi kembali..
namun,
kehadiranmu memberi cahaya di hati ini,
ku harap pertemuan kita kali ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya,
dengan amal dan ibadah,
serta taubat dan doa..
selamat bertemu kembali,
oh Ramadhan..

Friday, 31 August 2007

50 Tahun

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Laungan itu masih terngiang-ngiang di telinga kami.
Senyuman terukir di bibir setiap manusia yang hadir di dataran itu.
Tak dapat dibayangkan,
betapa gembiranya kami,betapa besarnya hati kami..
Ah!
Itu 50 tahun yang dulu,
ketika kami rakyat Tanah Melayu.
Ketika piring hitam masih popular.
Ketika zaman televisyen hitam dan putih.
Tapi,
kini kami rakyat Malaysia.
Mp3 dan ipod mengambil takhta.
Televisyen berwarna-warni bermacam saiz.
Namun,
di hati ini tetap sama.
Rasa gembira itu tetap sama.
Setiap kali mendengar laungan itu,
tak kira 50 tahun yang lampau atau kini,
getaran di hati ini tetap sama.
Bukti cinta dan kasih kami kepadamu,
oh Malaysiaku...

Saturday, 18 August 2007

mimpi

ku toleh kembali jejak silam
ingin ku kutip sisa-sisa mimpi semalam..
namun,
terlalu perit dan sukar bagiku
untuk ku kutip serpihan-serpihan mimpi itu
yang tajamnya seperti menusuk ke jiwa..
dek kerana terlalu leka mengejar kupu-kupu berterbangan,
mimpi yang ku tatang selama ini
terlepas dari genggaman
lalu hancur berkecai terhempas ke tanah..

Friday, 27 July 2007

sekeping hati

wahai hati
adakah ini yang dinamakan cinta?
senantiasa tersenyum gembira
pabila teringat padanya..

wahai hati
inikah rasanya rindu?
perasaan mendayu syahdu
bila si dia jauh dariku..

wahai hati
pastikah ini yang dipanggil cemburu
sungguh sakit jiwa ini terguris pilu
jikalau cemburu datang memburu...

wahai hati
bantulah aku menilai
berpandukan sang akal yang cerdik
dan sang fikiran yang bijaksana
tanpa hasutan nafsu durjana..

Tuesday, 24 July 2007

cahaya

tercari-cari aku dalam gelap,
mengharapkan cahaya kembali bersinar
namun,
mampukah cahaya yang aku harapkan
menerangi kegelapan yang tiada noktah ini.
aku masih terus mencari
semoga sinar harapan
yang masih tersembunyi di balik kegelapan
muncul kembali..

Sunday, 27 May 2007

angin kembara

kembara aku sendirian..
menyusur memori-memori hidup ini
yang aku senantiasa ragu,
benarkah ini hala tujuku,
atau aku terlalu mengikut arah angin
yang bisa ditiup oleh manusia-manusia di sekelilingku
hinggakan aku alpa tentang peta sebenar hidupku yang berada di genggaman ini..
wujudkah sinar yang ku cari di haluan ini,
atau masihkah ada jalan,
untukku kembali ke titik asalku
agar ku bisa memilih kembali,
arah angin yang akan membawaku
ke arah sinar yang kucari selama ini...